Selasa, 20 Februari 2018 | 5:38pm
MAYAT terakhir ditemui kira-kira jam 4.35 petang, lebih kurang 24 kilometer dari lokasi kejadian. - Foto ihsan Bomba
NORHAYATI Zailan, 40, (kanan), ditenangkan selepas penemuan mayat adiknya Silawati, 31, di Sungai Gasi hari ini.Silawati adalah mayat ketiga yang ditemukan kira-kira 12.30 tengah hari tadi. - Foto BERNAMA
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat membawa mayat mangsa lemas yang terakhir, Rapawi Jum'ada di tebing sungai berhampiran simpang empat Puncak Alam. - Foto Sairien Nafis
ANGGOTA polis membawa mayat keempat, Jeleha Hashim untuk proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh hari ini. - Foto BERNAMA

Kesemua mayat pemancing ditemui

SUNGAI BULOH: Mayat pemancing terakhir ditemui kira-kira jam 4.35 petang, kira-kira 24 kilometer dari lokasi kejadian.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata mayat lelaki itu dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Menurutnya, identiti mayat berkenaan dikenalpasti Rapawi Jum'ada, 37 tahun.

Sebelum itu, mayat pemancing keempat yang hilang ditemui oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira jam 3.45 petang, tadi.

Mangsa ditemui berhampiran Desa Coalfields di sini, kira-kira 19 kilometer dari lokasi kejadian di Sungai Gasi, di sini.

Mangsa dikenal pasti sebagai Jeleha Hashim, 48.

Usaha mencari mangsa terakhir, Rapawi Jum'ada, 37, kini masih dijalankan.

Jurucakap bomba memaklumkan mayat Jeleha dibawa terus ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.

"Operasi mencari akan diteruskan sehingga mangsa terakhir ditemui," katanya.

Mayat Jeleha adalah mayat keempat yang ditemui selepas mayat ketiga, Silawati Zailan ditemui pada jam 12.30 tengah hari tadi.

Terdahulu, mayat dua mangsa, seorang lelaki warga Indonesia, dikenali sebagai Hashir, 38 tahun, dan Jamaluddin Rapawi, 14 tahun, masing-masing ditemui pada jam 9.51 malam tadi dan jam 1.26 pagi tadi.

Berita Harian X