Selasa, 20 Februari 2018 | 1:44pm

Lori terbalik di Jambatan Pulau Pinang

BUKIT MERTAJAM: Jambatan Pulau Pinang mengalami kesesakan lebih enam kilometer apabila sebuah lori membawa muatan pasir terbalik di Kilometer 7.6 dan menghalang sebahagian laluan menghala ke pusat bandar.

Nahas jam 11.15 pagi itu berlaku apabila tayar lori berkenaan pancit, menyebabkan pemandunya gagal mengawal kenderaan lalu terbabas dan melanggar penghadang jalan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan, berkata muatan pasir yang dibawa lori itu berteraburan hingga menutup sebahagian jalan dan menyebabkan kesesakan.

"Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam insiden ini. Kerja-kerja mengalihkan tumpahan pasir berkenaan giat dijalankan di lokasi kejadian," katanya.

SEBUAH lori muatan pasir terbalik selepas tayar pecah di Kilometer 7.6 Jambatan Pulau Pinang, arah Georgetown. - Foto ihsan pembaca
SEBUAH lori membawa muatan pasir terbalik di Kilometer 7.6 dan menghalang sebahagian laluan menghala ke pusat bandar. - Foto ihsan pembaca
SEBUAH lori muatan pasir terbalik selepas tayar pecah di Kilometer 7.6 Jambatan Pulau Pinang, arah Georgetown. - Foto ihsan pembaca
NAHAS jam 11.15 pagi itu berlaku apabila tayar lori berkenaan pancit, menyebabkan pemandunya gagal mengawal kenderaan lalu terbabas dan melanggar penghadang jalan. - Foto ihsan pembaca
Berita Harian X