Selasa, 20 Februari 2018 | 9:46am
DUA sahabat, Muhammad Shahfaris Shahri dan Azfan Muhammad masing-masing berusia 22 tahun ditemui kira-kira jam 8.10 pagi tadi. - Foto ihsan Bomba Pahang

Mayat dua sahabat lemas ditemui

KUANTAN: Mayat dua sahabat yang lemas ketika mandi di pusat rekreasi air terjun Berkelah di sini, ditemui kira-kira jam 8.10 pagi tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Sani Harul, berkata mangsa ialah Muhammad Shahfaris Shahri, 22, dan Azfan Muhammad, 22, dari Pandamaran, Selangor.

Beliau berkata, mereka dikatakan mandi di pusat rekreasi itu bersama 10 lagi rakan sebelum dilaporkan hilang kira-kira jam 3 petang semalam.

"Kedua-dua mayat ditemui dekat tempat mereka mandi pada kedalaman kira-kira 12 meter.

"Operasi mencari dan menyelamat turut disertai enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan," katanya di sini, hari ini.

Berita Harian X