Selasa, 20 Februari 2018 | 8:23am
LOKASI dikatakan mangsa hilang selepas mandi di tingkat tujuh Air Terjun Berkelah petang semalam. - Foto Ihsan Bomba Pahang

Dua pemuda dikhuatiri lemas di Air Terjun Berkelah

KUANTAN: Perkelahan 12 sahabat, bertukar tragedi apabila dua pemuda dikhuatiri lemas, selepas dihanyutkan arus ketika mandi di pusat rekreasi Air Terjun Berkelah di sini, kira-kira jam 3 petang semalam.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Mohd Sani Harul, berkata kejadian berlaku ketika mangsa, Muhammad Shahfaris Shahri dan Azfan Muhammad, masing-masing berusia 22 tahun, sedang mandi bersama 10 rakan mereka di air terjun itu sebelum dilaporkan hilang.

"Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 3.11 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Kedua-dua mangsa yang berasal dari Pandamaran, Selangor, masih belum ditemui sehingga operasi SAR ditangguhkan malam tadi," katanya ketika dihubungi, pagi ini.

Mohd Sani berkata, operasi SAR disambung semula pagi ini dengan membabitkan enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan.

117 dibaca
Berita Harian X