Sabtu, 17 Februari 2018 | 12:13am
KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, SAC Mior Farid Alatrash Wahid melihat salah seekor ayam yang digunakan untuk judi sabung yang dirampas dalam Ops Limau dekat Kuala Ketil malam tadi. - Foto Omar Osman
SEBAHAGIAN 65 kaki judi sabung ayam yang ditahan polis dalam serbuan di ladang kelapa sawit dekat Kuala Ketil. - Foto Omar Osman

Remaja 17 tahun judi sabung ayam

ALOR SETAR: Polis menahan 65 lelaki, dipercayai terbabit dengan kegiatan judi sabung ayam di Kebun Kelapa Sawit Tanah Licin, Kuala Ketil dekat Baling, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata semua lelaki berusia antara 17 tahun dan 60 tahun itu ditahan dalam serbuan Ops Limau, pada jam 7.45 malam ketika pertaruhan judi itu sedang berlangsung.

Beliau berkata, polis turut merampas wang tunai kira-kira RM50,000 dan 40 ekor ayam sabung serta pelbagai peralatan sabung ayam seperti taji, kelambu, ubat-ubatan ayam, khemah serta pengasah taji.

"Sebuah generator dan wayar serta lampu dan dadah jenis syabu turut dirampas," katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Mior Faridalathrash berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 44(1)(g) Akta Binatang 1953. - BERNAMA

84 dibaca
Berita Harian X