Jumaat, 16 Februari 2018 | 2:29pm
LOKASI empat beranak dikhuatiri mati lemas manakala seorang lagi ahli keluarga mereka masih hilang dihanyutkan arus kuat dalam satu kejadian lemas di Kampung Tok Bali. - Foto Azlan Hafeedz

4 sekeluarga lemas

PASIR PUTEH: Percutian sebuah keluarga sempena sambutan Tahun Baru Cina berakhir dengan tragedi apabila empat daripada mereka ditemui lemas ketika mandi di Pantai Tok Bali, di sini pagi ini.

Dalam tragedi jam 10 pagi itu mangsa yang lemas adalah Yazul Bahari Yakob, 46, Yusnina Yakob, 38, Yasmin Nor Aliza Yazul Bahari, 10 dan Zufika Suhaimi, 10.

Semua mayat dihantar ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk bedah siasat manakala seorang lagi mangsa, Khaizuran Waliyuddin Suhaimi, 5, masih belum ditemui.


LOKASI empat beranak dikhuatiri mati lemas manakala seorang lagi ahli keluarga mereka masih hilang dihanyutkan arus kuat dalam satu kejadian lemas di Kampung Tok Bali. - Foto Azlan Hafeedz

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofar, berkata pihaknya menerima panggilan jam 10.34 pagi tadi sebelum 10 anggota bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi, seorang mangsa ditemui orang awam dan usaha mengesan baki mangsa diteruskan sebelum kita menemui tiga lagi 10 minit kemudian. Usaha mengesan seorang lagi mangsa masih dijalankan," katanya.

28 dibaca
Berita Harian X