Selasa, 6 Februari 2018 | 12:01am
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Dzulkhairi Mukhtar. - Foto Hairul Anuar Rahim

2 warga Singapura sesat di Gunung Pulai

KULAI: Dua warga Singapura dipercayai sesat di Hutan Gunung Pulai, di sini, petang tadi.

Sehingga kini, mangsa yang membabitkan seorang lelaki dan seorang wanita, masih belum ditemui.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Dzulkhairi Mukhtar, berkata kedua-dua rakyat negara jiran itu dilaporkan hilang pada jam 5.55 petang tadi.

"Satu maklumat diterima dari talian 999 menyatakan terdapat seorang lelaki hilang di hutan Gunung Pulai, Kulai petang ini.

"Identiti mangsa ketika Ini belum dikenal pasti dan operasi mencari giat dijalankan. Anggota Unit Kereta Peronda (MPV) yang berada di tempat kejadian memaklumkan, wanita itu disyaki cedera,," katanya.

Berita Harian X