Ahad, 4 Februari 2018 | 11:30am
KENDERAAN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membawa keluar dua Penolong Jurutera JKNS selepas tamat reman berhubung sisatan kes rasuah Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS), di Lokap Berpusat Kontinjen Sabah di Kepayan, Kota Kinabalu. - Foto Malai Rosmah Tuah

Kes rasuah JKNS: 2 penolong jurutera dibebaskan

KOTA KINABALU: Dua penolong jurutera Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) yang ditahan reman untuk membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dibebaskan hari ini.

Suspek berusia 36 dan 38 tahun itu yang sebelum ini direman sejak 31 Januari lalu, dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Kedua-dua suspek diarah membayar wang jaminan RM100,000 setiap seorang tanpa deposit dengan dua penjamin oleh Majistret Stephanie Abbie Sherron dalam prosiding di Lokap Berpusat Kontinjen Sabah, di sini.

SPRM diwakilioleh Pegawai Pendakwa, Mohd Faliq Basirudin.

Dua suspek itu antara tujuh individu yang disiasat berhubung kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa JKNS iaitu membabitkan projek yang dilaksanakan antara tahun 2012 hingga tahun lalu.

Tiga pegawai termasuk Pemangku Timbalan Pengarah merangkap Ketua Jurutera jabatan itu dan dua kontraktor yang ditahan reman sebelum ini juga sudah dibebaskan.

SPRM sebelum ini merampas wang tunai kira-kira RM1.6 juta dan membekukan RM5.3 juta simpanan dalam beberapa akaun membabitkan beberapa suspek yang disiasat berkaitan kes itu setakat ini.

49 dibaca
Berita Harian X