Rabu, 24 Januari 2018 | 7:46am
KEADAAN bas yang remuk selepas merempuh treler di tepi jalan di Kilometer 232.1 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di sini, awal pagi tadi.
KEADAAN bas yang remuk selepas merempuh treler di tepi jalan di Kilometer 232.1 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di sini, awal pagi tadi.
ANTARA mangsa yang cedera dalam kemalangan membabitkan bas dan treler di Kilometer 232.1 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di sini, awal pagi tadi.
ANTARA mangsa yang cedera dalam kemalangan membabitkan bas dan treler di Kilometer 232.1 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di sini, awal pagi tadi.

Seorang parah, 8 cedera nahas bas ekspres

REMBAU: Seorang lelaki warga Bangladesh parah, manakala lapan lagi cedera ringan apabila bas ekspres dinaiki mereka merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 232.1 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.53 pagi sebelum menghantar tiga jentera dengan 30 anggota ke tempat kejadian berhampiran Plaza Tol Pedas.

"Difahamkan, bas terbabit dinaiki 30 warga Bangladesh sedang dalam perjalanan ke utara apabila hilang kawalan sebelum melanggar treler yang dipercayai berhenti di tepi jalan," katanya.

Beliau berkata, semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut.

Berita Harian X