Ahad, 21 Januari 2018 | 1:55am
ANGGOTA bomba menurunkan mangsa yang terjatu di tingkat lapan air terjun Sungai Kanching sebelum diserahkan kepada pihak ambulans untuk dihantar ke Hospital Selayang.

Lelaki patah tulang pinggul jatuh air terjun

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki patah tulang pinggul selepas terjatuh ketika berkelah di Air Terjun Sungai Kanching, Taman Rimba Templer, Rawang dekat sini, petang semalam.

Mangsa, Mohd Azril Hamdi, 26 tahun, dilaporkan terjatuh dari ketinggian empat meter ketika mandi di tingkat lapan air terjun itu jam 6 petang sebelum perkara itu dimaklumkan kepada bomba.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri, berkata bomba yang menerima laporan pada jam 6.23 petang menggerakkan sepasukan anggota penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang ke lokasi.

"Mangsa dibawa turun pada jam 10.20 malam tadi dan dibawa dengan ambulans ke Hospital Selayang

"Mangsa yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah ke air terjun itu bersama empat rakannya petang tadi (semalam) sebelum berkelah di tingkat lapan," katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

27 dibaca
Berita Harian X