Jumaat, 5 Januari 2018 | 10:57pm

Mayat tanpa kepala dalam timbunan sampah

BUKIT MERTAJAM: Mayat wanita tanpa kepala ditemui dalam longkang bersama timbunan sampah dekat Lorong Perindustrian Bukit Minyak, di sini, lewat petang tadi.

Mayat mangsa ditemui kira-kira jam 6.30 petang oleh orang orang awam yang terhidu bau busuk ketika melalui jalan berkenaan.

Anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia masih berada di lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.

Mayat itu ditemui dalam keadaan berulat memandangkan berada bersama timbunan sampah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, mengesahkan penemuan mayat itu dan polis masih menyiasat identiti mangsa.

Katanya, setakat ini, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

ANGGOTA polis mengangkat mayat seorang wanita tanpa kepala dan beberapa organ dalaman di dalam sebuah tangki simpanan air di Lorong Perindustrian Bukit Minyak 19, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar
Berita Harian X