Jumaat, 5 Januari 2018 | 8:44pm
SEORANG lelaki berbogel ketika menunggang motosikal di pekan Teluk Intan yang tular di media sosial sejak petang tadi. -Foto Viral Facebook

Kecoh penunggang motosikal bogel

IPOH: Penduduk di bandar Teluk Intan kecoh apabila seorang lelaki dipercayai pesakit mental menunggang motosikal dalam keadaan berbogel.

Rakaman video lelaki berkenaan kemudian tular di beberapa laman sosial kumpulan di Facebook dan WhatsApp dengan orang ramai meminta polis mengambil tindakan terhadap lelaki berkenaan.

Ramai yang mengecam dan tidak kurang juga yang menzahirkan rasa simpati terhadap individu berkenaan yang dikatakan mengalami masalah mental.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak memaklumkan polis juga sedang berusaha mengesan lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan mengenai insiden berkenaan.

52 dibaca
Berita Harian X