Rabu, 3 Januari 2018 | 11:09am
ANGGOTA bomba menyelamatkan lelaki yang cuba membunuh diri di sebuah kondominium di Jalan Raja Dihilir pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba
ANGGOTA bomba menyelamatkan lelaki yang cuba membunuh diri di sebuah kondominium di Jalan Raja Dihilir pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba

20 minit pujuk lelaki cuba bunuh diri

IPOH: Pujukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggagalkan cubaan seorang lelaki terjun dari tingkat 12 di sebuah kondominium bersebelahan sebuah hospital swasta, di Jalan Raja Dihilir di sini pagi tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, Syed Azrul Hizam Syed Abdul Aziz, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian itu, jam 7.20 pagi.

Katanya, sembilan anggota bersama sebuah jentera dari BBP berkenaan dikerahkan ke lokasi bagi tindakan lanjut.

"Setibanya jentera bersama anggota di tempat kejadian didapati mangsa seorang lelaki yang dipercayai mempunyai masalah peribadi sudah berada di luar pagar balkoni tingkat 12 itu, dipercayai cuba membunuh diri.


ANGGOTA bomba menyelamatkan lelaki yang cuba membunuh diri di sebuah kondominium di Jalan Raja Dihilir pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba

"Keluarga dan jiran yang berada berdekatan dengan mangsa pada ketika itu cuba menenangkan dan memujuk lelaki berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Syed Azrul Hizam berkata, selepas 20 minit, anggota bomba berjaya memujuk lelaki terbabit dan mencapai tangannya.

Beliau berkata, dua anggota kemudian bertindak membuat ikatan kemas pada lelaki itu sebelum membawanya ke tempat selamat.

Katanya, operasi berkenaan mengambil masa selama 40 minit.

23 dibaca
Berita Harian X