Isnin, 25 Disember 2017 | 7:16pm

Mayat wanita lemas ditemui


MAYAT wanita lemas ditemui Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berhampiran Plaza Tol Sunway, petang tadi. - Foto ihsan JBPM[FOTO /BH]

KUALA LUMPUR: Seorang wanita mati lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Klang, dari jejantas yang menghubungkan Pantai Dalam ke Jalan Klang Lama, di sini, pagi tadi.

Mangsa, M Kasturi, 20, dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika berada di atas jejantas berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Cempaka bersama rakannya kira-kira pada jam 7.50 pagi.

Pengarah Bomba Kuala Lumpur, Khirudin Drahman, berkata mayat mangsa kemudian berjaya ditemui pada jam 5.30 petang di sungai berhampiran Plaza Tol Sunway.

"Mangsa yang terjatuh ke dalam sungai pagi tadi ditemui anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).


MAYAT wanita lemas ditemui Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berhampiran Plaza Tol Sunway, petang tadi. - Foto ihsan JBPM

"Mayat mangsa ditemui terapung di Kampung Kenangan, Batu 13 Puchong," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan pada jam 7.51 pagi.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh, Pantai dan PPDA dikejarkan ke lokasi kejadian.

Operasi mencari kemudian dilakukan di sepanjang tebing sungai menggunakan kayak.

Punca sebenar kejadian berkenaan masih disiasat.

18 dibaca
Berita Harian X