Jumaat, 22 Disember 2017 | 2:44pm
ANGGOTA bomba mengangkat mayat lelaki yang ditemui terapung di Sungai Sarawak pagi tadi.

Mayat terapung di Sungai Sarawak

KUCHING:  Mayat seorang lelaki tanpa sebarang dokumen pengenalan diri ditemui terapung di Sungai Sarawak, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat itu pada jam 10.02 pagi.

Berikutan itu, katanya, 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuching dikerah melaksanakan operasi khidmat khas mengambil mayat berkenaan.

"Setibanya di lokasi iaitu di tebing sungai berdekatan kilang Borneo Biscuit, pada jam 10.06 pagi didapati mayat seorang lelaki terapung.

"Bagaimanapun, tiada sebarang tanda pengenalan diri ditemui dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut termasuk mengenalpasti identiti bagi mengesan warisnya," katanya.

21 dibaca
Berita Harian X