Selasa, 19 Disember 2017 | 11:26am
ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan pemandu bas kilang yang tersepit selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori kargo yang membawa muatan besi kira-kira jam 6 pagi di Kawasan Perindustrian Prai, Pulau Pinang. - Foto Ihsan Pembaca
KEADAAN 11 daripada 25 penumpang bas kilang yang cedera dirawat di Hospital Seberang Jaya, selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori kargo yang membawa muatan besi kira-kira jam 6 pagi di Kawasan Perindustrian Prai, Pulau Pinang. - Foot Ihsan Pembaca

11 pekerja kilang cedera

BUTTERWORTH: Kemalangan bas dengan treler dekat Tingkat Perusahaan 6 Perai, di sini pagi tadi, mengakibatkan 11 pekerja kilang cedera.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, sebuah treler yang membawa muatan besi tiba-tiba keluar dari simpang dan merempuh bas kilang dari arah Perai.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, berkata pertembungan mengaikbatkan bas terseret dan merempuh penghadang jalan.

Katanya, pemandu bas tersepit dan patah paha kiri.

Beliau berkata, 11 penumpang bas pula cedera ringan manakala pemandu treler tahun tidak cedera.

"Pemandu bas yang tersepit dikeluarkan pihak bomba," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Nik Ros Azhan berkata, semua mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X