Isnin, 18 Disember 2017 | 12:27pm
KEADAAN MPV yang remuk selepas bertembung dengan bas ekspres di Kilometer 14, Jalan Lipis-Benta, dekat Lipis, petang semalam. - Foto Ihsan PDRM

1 maut MPV, bas ekspres bertembung

LIPIS: Seorang wanita maut manakala empat lagi ahli keluarganya parah apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya bertembung dengan bas ekspres di Kilometer 14, Jalan Lipis-Benta, dekat sini, petang semalam.

Mangsa, Mok Fong Yuen, 43, disahkan maut di lokasi kejadian, manakala suaminya yang berusia 51 tahun, tiga anak perempuan dan seorang anak lelaki mereka yang berusia antara 13 hingga 19 tahun cedera parah dan dirawat di Hospital Lipis.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azry Akmar Ayob, berkata siasatan awal mendapati MPV dipandu wanita itu dikatakan cuba memotong treler sebelum bertembung dengan bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke ibu negara.

"Kemalangan itu mengakibatkan kenderaan dinaiki keluarga berkenaan remuk teruk. Semua mangsa berjaya dikeluarkan dengan bantuan pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dari Balai Bomba Lipis.

"Pemandu bas cedera di kaki kanan sementara sembilan penumpang dan pemandu kedua tidak cedera," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk merakam keterangan pemandu bas ekspres dan beberapa saksi kejadian.

"Kita akan merekodkan keterangan daripada ahli keluarga mangsa apabila keadaan mengizinkan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

79 dibaca
Berita Harian X