Isnin, 18 Disember 2017 | 12:04pm
KEBAKARAN yang memusnahkan rumah kongsi dihuni 22 warga Indonesia yang di Kampung Jawa, Shah Alam, malam tadi. - Foto Ihsan Bomba

Rumah kongsi terbakar

SHAH ALAM: Seramai 22 warga Indonesia kehilangan tempat tinggal selepas rumah kongsi kelas C didiami musnah dalam kebakaran di Kampung Jawa di sini, malam tadi.

Kebakaran bermula jam 8.23 malam turut memusnahkan sebuah surau dan stor yang digunakan mereka.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, Azmel Kamarudin, berkata semua mangsa sempat menyelamatkan diri.

"Lokasi kebakaran agak jauh dari jalan masuk iaitu hampir 400 meter.

"Ketika anggota tiba di lokasi pada jam 8.40 malam, rumah kongsi terbabit sudah terbakar hampir 80 peratus.


KEBAKARAN yang memusnahkan rumah kongsi dihuni 22 warga Indonesia yang di Kampung Jawa, Shah Alam, malam tadi. - Foto Ihsan Bomba

"Anggota diarah memadam kebakaran menggunakan dua aliran empat pancuran air terbuka dan pam jentera bomba.

"Selesai operasi, anggota membuat kerja pemeriksaan bagi memastikan tiada punca api yang boleh menyebabkan kebakaran berulang," katanya di sini, hari ini.

Beliau yang juga Komander Operasi berkata, pasukannya dengan kekuatan 26 anggota dapat mengawal kebakaran pada 10.03 malam, manakala operasi tamat jam 12.39 tengah malam.

"Selain 18 anggota dari BBP Shah Alam, operasi turut membabitkan enam anggota BBP Kota Raja dan dua anggota BBP Sungai Pinang dengan empat jentera semuanya," katanya.


KEBAKARAN yang memusnahkan rumah kongsi dihuni 22 warga Indonesia yang di Kampung Jawa, Shah Alam, malam tadi. - Foto Ihsan Bomba

Berita Harian X