Isnin, 18 Disember 2017 | 11:22am
UNIT Forensik sedang melakukan pemeriksaan keatas sebuah kereta milik kes seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang mati ditikam dan dilanggar oleh sekumpulan empat lelaki menggunakan sebuah kereta dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Jalan Sri Pelangi Taman Pelangi. - Foto BERNAMA

Polis: Jangan sebar maklumat tidak tepat

JOHOR BAHRU: Polis Johor meminta orang ramai berhenti menularkan maklumat kononnya polis sudah menahan suspek kes bunuh di Taman Pelangi, di sini malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Azman Ayob, berkata maklumat berhubung tangkapan itu seperti yang ditularkan tidak tepat.

"Isu masih dalam siasatan. Belum ada tangkapan. Akan dimaklumkan bila ada perkembangan. Maklumat ada tangkapan tidak tepat. Polis menyeru hentikan tular liar yang boleh ganggu siasatan," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau mengulas maklumat yang tular di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp mendakwa polis menahan suspek kes bunuh itu berserta gambar dipercayai suspek kes itu.

Malam tadi, seorang lelaki berusia lingkungan 30-an mati ditikam dan dilanggar sekumpulan empat lelaki menggunakan sebuah kereta di stesen minyak di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi, di sini.

Kejadian berlaku kira-kira 7.30 malam ketika mangsa bersama-sama seorang wanita warga asing berusia 20-an yang dipercayai isterinya, sedang mengisi angin tayar kereta di stesen berkenaan. - BERNAMA

19 dibaca
Berita Harian X