Isnin, 18 Disember 2017 | 7:55am
SERBUAN di ladang yang menjadi lokasi judi sabung ayam membawa kepada penahanan 13 orang di Jeram, Kuala Selangor, petang semalam. - Foto Ihsan PDRM
SERBUAN di ladang yang menjadi lokasi judi sabung ayam membawa kepada penahanan 13 orang di Jeram, Kuala Selangor, petang semalam. - Foto Ihsan PDRM
ANTARA peralatan yang dirampas polis dalam serbuan ke atas sebuah ladang kelapa sawit lokasi perjudian sabung ayam di Jeram, Kuala Selangor, petang semalam. - Foto Ihsan PDRM

Pusat judi sabung ayam diserbu

KUALA SELANGOR: Polis menumpaskan aktiviti perjudian sabung ayam selepas menyerbu sebuah ladang kelapa sawit dekat Bukit Kuching, Jeram di sini, petang semalam.

Serbuan pada jam 5.30 petang itu dilakukan sepasukan lapan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor diketuai Pegawai Turus, Deputi Superintendan Norhizam Bahaman, hasil risikan sejak dua minggu lalu.

Seramai 13 individu termasuk seorang wanita ditahan dalam serbuan dan polis turut merampas 35 ekor ayam, 13 set taji ayam, empat botol ikan laga serta pelbagai peralatan lain yang dipercayai digunakan bagi tujuan itu.

Ladang itu dipercayai dijadikan lokasi perjudian berikutan kedudukannya yang agak terpencil dan dikatakan sudah beroperasi sejak beberapa tahun lalu.

Nilai pertaruhan dikatakan mencecah ribuan ribu ringgit dan kaki judi bukan saja datang dari Selangor, tetapi juga Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Pahang.

Semua tangkapan dibawa ke IPK Selangor untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 44(1)(g) Akta Binatang 1953.

68 dibaca
Berita Harian X