Rabu, 13 Disember 2017 | 3:13pm

Wanita maut rumah terbakar

YAN: Seorang wanita maut akibat sesak nafas selepas rumahnya di Kampung Singkir Laut, di sini, hangus terbakar hari ini.

Fauziah Abdullah, 69, disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan yang bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mokhtar, berkata pihaknya menerima panggilan jam 11.40 pagi.

Sejurus kemudian, katanya, anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan dan Guar Chempedak, dihantar ke lokasi.

"Kebakaran membabitkan sebuah rumah setingkat dan seorang mangsa didapati meninggal dunia selepas disahkan petugas Kementerian Kesihatan.

"Anggota bomba segera melakukan pengawalan dan memadam dengan dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Tanjung Dawai, Bedong dan Guar Chempedak," katanya.

Berita Harian X