Rabu, 6 Disember 2017 | 9:26pm
PIHAK polis dari cawangan D7 BSJ IPD, Kota Kinabalu buat pemeriksaan serta berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan serta lapan perempuan dari warga asing dalam operasi Ops Noda di sebuah premis urut di KK Taipan Commercial, Jalan Tuaran Inanam, Kota Kinabalu. - Foto ihsan PDRM

8 'peniaga' di rumah urut ditahan

KOTA KINABALU: Lapan wanita warga China ditahan selepas dipercayai terbabit aktiviti pelacuran dalam serbuan di sebuah premis urut, di KK Taipan, Inanam, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra, berkata dalam serbuan jam 11.05 malam itu, turut ditahan ialah seorang lelaki berusia 45 tahun yang disyaki penjaga premis itu.

KETUA Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra. - Foto Malai Rosmah Tuah

"Serbuan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu itu menyaksikan lapan wanita warga China berusia antara 27 hingga 37 tahun ditahan kerana dipercayai terbabit dalam aktiviti pelacuran.

"Polis turut merampas beberapa peralatan digunakan untuk kegiatan berkenaan antaranya dua botol minyak urut dan wang tunai RM2,950," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan iaitu mencari langganan bagi maksud pelacuran.

"Selain itu, kes turut disiasat mengikut Seksyen 373 Kanun Keseksaan iaitu pengawalan premis-premis pelacuran," katanya.

104 dibaca
Berita Harian X