Ahad, 3 Disember 2017 | 7:53pm
KEADAAN motosikal berkuasa tinggi selepas merempuh sebuah treler membawa besi konkrit yang berhenti di lorong kiri di Kilometer 264.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Terowong Menora. - Foto ihsan pembaca
BADRUL maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya merempuh sebuah treler. - Foto ihsan pembaca
BADRUL maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya merempuh sebuah treler di Kilometer 264.4 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, berhampiran Terowong Menora tengah hari tadi. - Foto ihsan pembaca

Maut motosikal kuasa tinggi rempuh lori

IPOH: Hasrat seorang lelaki berkonvoi ke Lenggong tidak kesampaian selepas maut apabila motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya merempuh treler yang berhenti di Kilometer 264.4 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, berhampiran Terowong Menora tengah hari tadi. 

Dalam kejadian kira-kira jam 12.20 tengah hari itu, Badrul Hisham Yahya, 43, yang menunggang motosikal Kawasaki Z800, maut di tempat kejadian akibat parah pada beberapa anggota tubuhnya.   

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Thamby, berkata siasatan awal mendapati treler membawa batang konkrit itu  memberhentikan kenderaannya di lorong kiri untuk membuat pemeriksaan di bahagian breknya.   

"Pemandu lori yang sedang membuat pemeriksaan kemudian mendengar bunyi dentuman kuat dan mendapati sebuah motosikal berkuasa tinggi merempuh bahagian belakangnya.   

"Mangsa sedang berkonvoi bersama beberapa rakannya iaitu sebanyak 10 motosikal berkuasa tinggi dari Kuala Lumpur menuju ke Lenggong," katanya dalam kenyataannya di sini, hari ini.   

Mohd Ali berkata, mayat mangsa  dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat. 

Katanya, siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk mengetahui punca sebenar kejadian.

24 dibaca
Berita Harian X