Isnin, 13 November 2017 | 6:00pm
KEADAAN motosikal mangsa kemalangan di simpang masuk ke Taman Sri Aman, Lukut yang menyebabkan kaki kiri mangsa putus. - Foto Mohd Khidir Zakaria
LOKASI kemalangan di simpang masuk ke Taman Sri Aman, Lukut yang menyebabkan kaki kiri mangsa putus. - Foto Mohd Khidir Zakaria

Putus kaki dirempuh kereta

PORT DICKSON: Seorang lelaki putus kaki kiri akibat dirempuh sebuah kereta di Kilometer 8.5 Jalan Seremban-Port Dickson, berhampiran Taman Sri Aman, Lukut, di sini, malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 8 malam itu, turut menyebabkan P Sivakumar, 41, cedera parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad, berkata siasatan awal pihaknya mendapati mangsa yang menunggang motosikal dari arah Port Dickson ke Seremban mahu membelok ke kanan untuk ke Taman Sri Aman.

Bagaimanapun, katanya, sebuah kereta dipandu lelaki berusia 47 tahun yang datang dari arah bertentangan, tidak sempat mengelak dan merempuh mangsa.

"Mangsa tercampak menyebabkan kaki kiri putus dari paras betis, manakala pemandu kereta cedera ringan di kepala dan tangan," katanya.

Zainudin berkata, mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban untuk rawatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X