Rabu, 8 November 2017 | 2:12pm
SERAMAI 160 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina yang berada di Pusat Tahanan Sementara (PTS), dihantar pulang ke negara asal masing-masing melaiui Pelabuhan Tawau, di Tawau. - Foto Ihsan Jabatan Imigresen Malaysia

160 PATI Filipina diusir ke negara asal

TAWAU: Seramai 160 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina yang berada di Pusat Tahanan Sementara (PTS) di sini, dihantar pulang ke negara asal masing-masing, malam tadi.

Mereka membabitkan 123 lelaki, 22 wanita dan 15 kanak-kanak serta bayi berumur antara setahun hingga 60 tahun.

Ketua Pejabat Imigresen Tawau, Noraini Rasi, berkata semua PATI terbabit dihantar menggunakan empat bas ekspres dari PTS Tawau ke Pelabuhan Sandakan sebelum menaiki feri ke Filipina, kira-kira jam 9 malam.

"Pengusiran dan penghantaran pulang semua 160 PATI terbabit adalah siri ke-11 untuk 2017 yang dijalankan Unit Pengusiran Imigresen Tawau.

"Proses penghantaran pulang itu berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini," katanya ketika dihubungi BH di sini, hari ini.

Noraini berkata, mereka sebelum ini ditahan dalam operasi bersepadu dijalankan Jabatan Imigresen di Tawau, Kunak, Lahad Datu dan Semporna, selain serahan daripada polis atas pelbagai kesalahan berkaitan imigresen.

"Secara keseluruhan, kesalahan dilakukan PATI terbabit adalah mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1957/63 iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

"Mereka juga menyalahgunakan pasport termasuk tinggal di negara ini melebihi tempoh dibenarkan," katanya.

Berita Harian X