Isnin, 6 November 2017 | 5:53pm
KANAK-KANAK meluang masa bermain di pusat penempatan banjir yang menempatkan 10 keluarga di pusat penempatan banjir Mukim Naga Lilit di Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Dik. - Foto Sharul Hafiz Zam

Mangsa banjir di Kedah semakin kurang

ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di Kedah yang masih di pusat pemindahan semakin kurang daripada 2,790 orang membabitkan 752 keluarga kepada 2,616 orang dari 686 keluarga sehingga jam 4 petang.

Pengarah Pertahanan Awam Negeri Kedah, Lt Kol (PA) Mohd Zul Khairi Shamsuddin, dalam kenyataan berkata 19 dari 42 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ditutup.

Katanya, buat masa ini, hanya 24 pusat pemindahan masih beroperasi dengan daerah Kuala Muda dan Kulim paling teruk.

"Bagi daerah Kuala Muda, 12 dibuka menempatkan seramai 1,264 mangsa membabitkan 330 keluarga, manakala di Kulim sembilan pusat pemindahan dengan 1,066 mangsa dari 266 keluarga.

"Daerah lain ialah Yan satu PPS beroperasi menempatkan 79 mangsa dari 22 keluarga; Baling satu PPS (114 mangsa dari 43 keluarga); Kulim 1,066 mangsa dari 266 keluarga dan Pendang 93 mangsa dari 25 keluarga membabitkan sebuah PPS," katanya.

Mohd Zul Khairi berkata, di Bandar Baharu pula semua PPS ditutup selepas semua mangsa pulang ke rumah masing-masing.

Berita Harian X