Ahad, 5 November 2017 | 11:58am
KEADAAN banjir di sekitar Taman Anggsana yang turut dinaiki air akibat banjir kilat. - Foto Azahar Hashim

541 mangsa banjir di Kulim dipindahkan

KULIM: Seramai 541 mangsa banjir membabitkan 96 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan selepas hujan lebat sejak pagi semalam menyebabkan beberapa kawasan di landa banjir.

Antara lokasi yang teruk dilanda banjir ialah Taman Serai Wangi, Taman Damai di Padang Serai, Taman Anggsana 1 serta beberapa kampung di Mukim Naga Lilit.

Pegawai Daerah Kulim, Mohamad Che Nai, berkata setakat jam 7.45 pagi tadi sebanyak 10 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Katanya, pusat pemindahan terbabit ialah di Dewan Masjid Al Mutaqin di Kampung Bukit Sarang Ayam yang menempatkan 147 mangsa (36 keluarga); Surau Al Haq, Taman Damai,(18 mangsa); Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Selasih, Taman Angsana (119 mangsa).

Katanya lagi (PPS) turut di buka di Dewan Taman Saga yang menempatkan 22 mangsa, selain di Taman Kancil (54 mangsa); Dewan Keda Naga Lilit (29 mangsa); Dewan masjid Kampung Sungai Limau (41 mangsa); SK Permatang Tok Dik (17 mangsa) dan SK Sungai Seluang (94 mangsa).

Katanya, pihak agensi kerajaan kini melakukan tindakan membantu mangsa yang terbabit dalam kejadian banjir di daerah ini.

Berita Harian X