Rabu, 1 November 2017 | 7:31pm
JOHOR BAHRU 01 NOVEMBER 2017. Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan (tengah) menunjukkan Buku Prosiding Amalan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling dan Disiplin sambil diperhatikan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan), Aminuddin Adam (dua dari kiri), Timbalan Pengarah Murid (Bahagian Pengurusan Sekolah Harian), Pesol Md Saad (dua dari kanan), dan Pengarah Pendidikan Johor, Shaharudin Sharif (kiri) ketika majlis perasmian Simposium Hal Ehwal Murid Peringkat Kebangsaan 2017 di Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), Johor Bahru. NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIMHAIRUL ANUAR RAHIM
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan (tengah) bergambar bersama guru SMK Khir Johari, Tanjung Malim yang menjuarai kategori Amalan Terbaik Kaunseling ketika majlis perasmian Simposium Hal Ehwal Murid Peringkat Kebangsaan 2017 di Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), Johor Bahru. - Foto Hairul Anuar Rahim
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan ketika majlis perasmian Simposium Hal Ehwal Murid Peringkat Kebangsaan 2017 di Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), Johor Bahru. - Foto Hairul Anuar Rahim

Guru tawar seks kepada pelajar

JOHOR BAHRU: Kementerian Pendidikan akan menjalankan siasatan terperinci berhubung kes seorang guru yang dipercayai menawarkan khidmat seks, sekali gus jaminan peluang pekerjaan kepada pelajarnya.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan, berkata guru terbabit akan dipecat serta-merta jika hasil siasatan mendapati guru itu bersalah melakukan perbuatan terkutuk itu.

Katanya, kementerian juga akan memastikan guru terbabit tidak menghampiri atau memasuki mana-mana kawasan sekolah jika didapati bersalah.

"Kementerian berpendapat ini satu perbuatan serius dan kelakuan seorang pemburu seks. Dia bukan saja tidak layak mendidik, malah mengkhianati kepercayaan yang diberikan ibu bapa untuk mendidik.

"Sekiranya terbukti kejadian itu berlaku, lelaki berkenaan akan dipecat dan dilarang memasuki mana-mana sekolah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Simposium Hal Ehwal Murid Peringkat Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia 2017 di Pejabat Pendidikan Johor, hari ini.

Tindakan itu diambil susulan laporan sebuah portal berita tempatan yang melaporkan perbuatan guru itu, yang juga ahli MIC berikutan tersebar rakaman perbualan telefon beliau menawarkan seks dan menjanjikan pekerjaan kepada seorang remaja.

Portal itu mendakwa lelaki berkenaan memaklumkan sudah meniduri empat pelajar sekolah menengah yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), selain sering membantu bekas pelajar mendapat pekerjaan kerana mempunyai ramai kenalan.

Berita Harian X