Sabtu, 28 Oktober 2017 | 1:22pm
ANTARA set komputer yang dirampas dalam serbuan di Lorong Golf View, Jalan Bundusan, Penampang. - Foto Razik Zayad
ANTARA set komputer yang dirampas dalam serbuan di Lorong Golf View, Jalan Bundusan, Penampang. - Foto Razik Zayad

Tujuh lelaki ditahan berjudi

PENAMPANG: Tujuh lelaki ditahan selepas dipercayai bermain judi dalam talian di sebuah rumah di Lorong Golf View, Jalan Bundusan, Penampang, malam tadi.

Dalam serbuan kira-kira 11.50 malam itu, semua suspek berusia antara 28 hingga 76 tahun itu ditahan selepas disyaki sebagai pelanggan di rumah yang dijadikan premis perjudian terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Datuk Salehhudin Abd Rahman, berkata serbuan dilakukan Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah selepas menerima maklumat mengenai perjudian di premis berkenaan sejak beberapa minggu lalu.

"Hasil serbuan itu, polis menahan tujuh lelaki kerana disyaki pelanggan premis berkenaan dan pihak kami turut memberkas dua wanita yang dipercayai bekerja sebagai penjaga premis," katanya, di sini, hari ini.

Salehhudin berkata, selain daripada tangkapan itu, pihaknya turut merampas beberapa peralatan seperti 11 set unit komputer dan wang tunai RM4,171 yang disyaki hasil daripada kegiatan perjudian berkenaan.

"Semua suspek dan barang yang dirampas sudah dibawa ke IPD Penampang untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 4(B) Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya.

19 dibaca
Berita Harian X