Isnin, 23 Oktober 2017 | 12:14pm
EZLYNN dan Adam Fahmy. - Foto Syarafiq Abd Samad

Ezlynn, suami sah cerai

KUALA LUMPUR: Penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye, Ezlynn dan suami, Adam Fahmy sah bercerai talak satu, di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini.

Adam Fahmy Shamsuddin, 38, melafazkan cerai terhadap Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 36, di hadapan Hakim syarie Noorbyetty Nasir pada jam 10.30 pagi.

Terdahulu, Noorbyetty menasihatkan pasangan itu bermaaf-maafan antara satu sama lain sebelum lafaz cerai dilafazkan Adam Fahmy.

Ezlynn memfailkan permohonan cerai pada 7 April lalu, mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) Kuala Lumpur 1984 iaitu perceraian secara baik.

Antara alasan permohonan cerai itu termasuk tiada lagi persefahaman dan kasih sayang dalam rumah tangga yang dibina pada 20 November 2011.

Ezlynn hadir ke mahkamah bersama Peguam Syarie, Izyan Hazwani Ahmad manakala Ahmad Nazib Johari bertindak sebagai Peguam Syarie kepada Adam Fahmy.

Berita Harian X