Selasa, 10 Oktober 2017 | 11:34am

Runtuhan akibat pemanas air


KEADAAN siling bumbung bilik penginapan di sebuah penginapan di Port Dickson runtuh awal pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba

PORT DICKSON: Runtuhan dinding, bumbung dan siling bilik sebuah hotel di sini, awal pagi tadi, dipercayai berpunca daripada letupan alat pemanas air.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis, berkata siasatan awal mendapati pemanas air di dalam bilik air meletup secara tiba-tiba.


KEADAAN sebuah kereta yang rosak ekoran bumbung sebuah hotel penginapan runtuh di Jalan Pantai 4, Port Dickson kejadian pada awal pagi tadi mengakibatkan pasangan suami isteri cedera ringan. - Foto Hazreen Mohamad

Bagaimanapun, katanya siasatan lanjut masih dijalankan dan pihaknya mengarahkan blok bangunan itu ditutup sehingga siasatan selesai.

"Kejadian hanya membabitkan satu bilik di tingkat atas dipercayai akibat letupan alat pemanas air. Setakat ini, bangunan ini masih selamat untuk diduduki" katanya.


KEADAAN bumbung sebuah hotel penginapan runtuh di Jalan Pantai 4, Port Dickson kejadian pada awal pagi tadi mengakibatkan pasangan suami isteri cedera ringan. - Foto Hazreen Mohamad

Dalam kejadian jam 4.15 pagi itu, bomba berjaya mengeluarkan suami isteri masing-masing berusia 51 dan 52 tahun itu yang cedera ringan pada kepala dan kaki akibat terkena serpihan runtuhan.

Anak lelaki pasangan itu yang berusia 27 tahun pula tidak cedera.

Unit penginapan disewa keluarga itu mempunyai dua tingkat dengan pasangan terbabit tidur di tingkat atas, manakala anak mereka di tingkat bawah.


KEADAAN bumbung sebuah hotel penginapan runtuh di Jalan Pantai 4, Port Dickson kejadian pada awal pagi tadi mengakibatkan pasangan suami isteri cedera ringan. - Foto Hazreen Mohamad

Berita Harian X