Sabtu, 7 Oktober 2017 | 3:25pm
MUHAMMAD Amar Danish Roslan maut digilis lori ikan berhampiran sebuah kedai runcit di pekan Penaga di Kepala Batas, hari ini. - Foto ihsan pembaca

Kanak-kanak 3 tahun maut digilis lori

KEPALA BATAS: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut digilis lori ikan berhampiran sebuah kedai runcit di pekan Penaga di sini, hari ini.

Muhammad Amar Danish Roslan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala dalam nahas kira-kira jam 12 tengah hari itu.

Bapa mangsa, Roslan Ismail, 44, berkata dia bersama anak kelimanya itu sebelum itu berhenti di bahu jalan berhampiran kedai berkenaan untuk membeli beg plastik dan pencakar rumput.

Katanya, ketika mahu menurunkan anaknya dari dalam bakul motosikal, sebuah lori secara tiba-tiba datang dan melanggar motosikal berkenaan.

"Saya dan anak terjatuh sebelum tayar lori menggilis kepala anak," katanya.

Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk bedah siasat.

BAPA mangsa, Roslan Ismail (kiri) membawa jenazah anak lelakinya, Muhammad Ammar Danish ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk bedah siasat. - Foto Amir Irsyad Omar

Berita Harian X