Isnin, 25 September 2017 | 2:18pm
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memadamkan api pada sebuah kenderaan MPV yang terbakar selepas berlanggar dengan sebuah kenderaan lain di lebuh raya ELITE pagi tadi. - Foto ihsan pembaca
KENDERAAN yang terbakar di Kilometer 18.3, Lebuhraya ELITE menghala ke utara, pagi tadi. - Foto ihsan pembaca
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memadamkan sisa kebakaran pada sebuah kenderaan MPV yang terbakar selepas berlanggar dengan sebuah kenderaan lain di lebuh raya ELITE pagi tadi. - Foto ihsan pembaca

Cemas kereta terbakar selepas berlanggar

SHAH ALAM: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandunya terlanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) sebelum terbakar di Kilometer 18.3, Lebuhraya ELITE menghala ke utara, pagi tadi.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Alimaddia Bukri, berkata dalam kemalangan kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa seorang lelaki berusia 30-an yang memandu kereta PERODUA Alza terlanggar kereta Kia Sportage di hadapannya selepas pemandu kenderaan SUV itu dikatakan melakukan brek secara mengejut.

"Menurut mangsa, terdapat sebuah kereta lain yang menukar laluan secara tiba-tiba menyebabkan kereta di hadapannya melakukan brek kecemasan.

"Mangsa yang tidak sempat mengelak terus melanggar SUV di hadapannya sebelum kenderaannya terbakar," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.17 pagi dan setiba di lokasi, mendapati kereta mangsa sedang terbakar.

"Kereta berkenaan terbakar 95 peratus. Bagaimanapun mangsa berjaya keluar dari kenderaan sebelum kebakaran bermula dan terselamat," katanya.

14 dibaca
Berita Harian X