Jumaat, 22 September 2017 | 7:52pm
Keadaan kenderaan yang mengakibatkan seorang mangsa maut selepas kereta yang dipandunya terbabas di KM 20.3 Lebuhraya Seremban-Port Dickson. - Foto Mohd Khidir Zakaria

Maut badan terputus dua

PORT DICKSON: Seorang pemandu maut selepas badannya terputus dua dalam kemalangan di Kilometer 20, Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, arah Port Dickson berhampiran Lukut di sini, petang tadi.

Kejadian kira-kira jam 4.45 petang itu menyebabkan N Ananthan, 27, dari Shah Alam, Selangor maut di tempat kejadian akibat badan terputus dua dari paras pinggang ke bawah, selain putus kaki kiri.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad, berkata mangsa yang memandu berseorangan dalam perjalanan ke daerah ini, dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu melanggar pembahagi jalan.


Keadaan mangsa nahas jalan raya di Kilometer 20, Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, arah Port Dickson berhampiran Lukut, di sini, petang tadi. - Foto Mohd Khidir ZakariaMOHD KHIDIR ZAKARIA

"Kemalangan turut menyebabkan mangsa yang memandu di lorong kanan, tercampak keluar ke atas jalan," katanya di sini, hari ini.

Zainudin berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Difahamkan, mangsa yang bekerja sendiri, berkonvoi bersama sembilan kereta lain untuk bercuti ke daerah ini.


Keadaan kenderaan yang mengakibatkan seorang mangsa maut selepas kereta yang dipandunya terbabas di KM 20.3 Lebuhraya Seremban-Port Dickson. - Foto Mohd Khidir Zakaria

Berita Harian X