Ahad, 10 September 2017 | 7:22pm
DATUK Nur Jazlan Mohamed (dua dari kanan) diiringi Ketua Balai Polis Tampoi, ASP Osthman Mantaha (kanan) melihat kemudahan balai polis ketika Program Jejak Perwira Malaysiaku Negaraku di Balai Polis Tampoi.- Foto Hairul Anuar Rahim

Dakwaan lokap busuk, tak bersih kes terpencil

JOHOR BAHRU: Dakwaan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) berhubung keadaan lokap polis di Ayer Molek, di sini, yang dikatakan busuk dan tidak bersih adalah kes terpencil.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata secara keseluruhannya lokap di negara ini berada pada tahap yang memuaskan dan sentiasa ditambah baik.

"Masalah lokap di negara ini kerana ia sudah lama dan akan ditambah baik apabila balai baru disiapkan. Saya sendiri sedang memantau perkara ini dan jangan menilai tahap lokap lain bersandarkan lokap yang hendak ditutup (Ayer Molek)," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

SUHAKAM menerusi laporan yang dikeluarkan di sebuah portal berita, mengkritik keadaan lokap polis di Ayer Molek, di sini, yang didakwa dalam keadaan menyedihkan dan wajar ditutup sekiranya standard yang diterima tidak dapat dikekalkan.

SUHAKAM ketika mengadakan lawatan mendakwa pusat tahanan berkenaan akan memberi ancaman kesihatan terhadap tahanan, selain turut mendakwa tahanan tidak diberikan air dan makanan mencukupi.

Berita Harian X