Ahad, 10 September 2017 | 11:52am
DUA maut manakala empat cedera, dua daripadanya parah dalam kemalangan tiga kenderaan di Jalan Ranau-Telupid, dekat Kampung Wonod, Telupid. - Foto Hazsyah Abdul Rahman

2 maut, 4 cedera kemalangan 3 kenderaan

TELUPID: Dua maut manakala empat cedera, dua daripadanya parah, dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Ranau-Telupid, dekat Kampung Wonod, di sini, malam tadi.

Identiti semua mangsa masih belum diperoleh.

Difahamkan, dua mangsa yang maut bersama tiga yang lain menaiki Proton Saga FLX yang terbabit dalam kemalangan dengan dua pacuan empat roda.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban, berkata dua mangsa dalam Proton Saga FLX dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Dua individu lagi daripada kenderaan sama parah manakala seorang cedera. Seorang mangsa menaiki Nissan Navara turut cedera.

"Individu menaiki Ford Ranger tidak cedera," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Khatizah berkata, mayat mangsa dihantar di Hospital Beluran dan sebahagian mangsa cedera dikejarkan ke Hospital Ranau.

Katanya, bomba menerima panggilan kecemasan pada 7.45 malam tadi sebelum menghantar tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ranau ke lokasi dengan sebuah jentera.

17 dibaca
Berita Harian X