Jumaat, 1 September 2017 | 9:18am
DUA cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di KM197 Lebuhraya Utara Selatan dekat Kamunting, dekat sini, malam tadi. - Foto Ihsan BOMBA

2 cedera nahas tiga kenderaan di Kamunting

TAIPING: Dua cedera selepas tiga kenderaan termasuk sebuah bas yang membawa 44 penumpang terbabit kemalangan di Kilometer 196 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, dekat Kamunting, di sini, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.30 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami mendapati sebuah bas bermuatan 44 penumpang terbabit kemalangan dengan PERODUA Alza yang membawa tiga penumpang serta sebuah van dengan muatan empat penumpang.

"Pemandu MPV dan van cedera dan dibawa ke Hospital Taiping manakala semua penumpang bas serta penumpang Alza serta van tidak cedera," katanya.

"Operasi tamat pada jam 12.15 tengah malam," katanya.

Berita Harian X