Sabtu, 26 Ogos 2017 | 10:22am
KEADAAN Perodua Viva yang terlibat dalam kemalangan. - Foto Rozainah Zakaria
KERETA Proton Saga BLM yang remuk teruk. - Foto Rozainah Zakaria
TIGA terkorban dalam satu kemalangan membabitkan dua kenderaan Perodua Viva dan Proton Saga di Kilometer 42 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan kira-kira jam 7.20 pagi tadi. - Foto Rozainah Zakaria

Tiga maut kemalangan

MARANG: Tiga termasuk dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 43 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Kampung Gong Balai, Merchang, di sini, pagi tadi.

Seorang daripada mangsa dikenali sebagai Zaimah Abdul Rahman, 54, yang beralamat di Kuarters Penjara Marang. Dua lagi mangsa belum dikenal pasti identiti.

Kemalangan kira-kira jam 7.20 pagi membabitkan sebuah Proton Saga dan Perodua Viva itu turut menyebabkan seorang penumpang Proton Saga itu cedera.

Kejadian dipercayai berlaku apabila Proton Saga dari arah Dungun ke Kuala Terengganu terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan Perodua Viva.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Suhaimi Mohd Ali ketika dihubung mengesahkan kejadian.

30 dibaca
Berita Harian X