Jumaat, 28 Julai 2017 | 5:31pm

Budak 2 tahun terperangkap dalam kereta

BAGAN SERAI: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun terperangkap hampir sejam di dalam kereta bapanya di hadapan sebuah rumah di Parit Haji Nasir,Titi Serong, di sini, hari ini.

Kejadian berlaku pada jam 11.15 pagi ketika mangsa yang berseorangan di dalam kereta PROTON Iriz, yang enjinnya dihidupkan, tertekan kunci pintu kereta itu.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit Buntar, Ahmad Rossyed Isa, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 11.17 pagi.

"Bagi mengelak kanak-kanak itu bertambah panik dan menangis, anggota bomba menggunakan peralatan khas dan berjaya membuka pintu kereta itu selepas lebih setengah jam kemudian.

"Mangsa dapat dikeluarkan dari kereta pada jam 11.47 pagi tanpa sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

17 dibaca
Berita Harian X