Isnin, 24 Julai 2017 | 7:38pm
LOKASI Wan Ahmad Azziduddin dikatakan mandi bersama seorang rakannya dan lemas ketika berenang menuju ke tebing, di Kampung Sentosa, Badang, Jalan Pantai Cahaya Bulan. - Foto ihsan pembaca

Remaja dikhuatiri lemas ketika mandi sungai

KOTA BHARU: Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di sungai Kampung Sentosa, Badang, di sini, kira-kira jam 5.15 petang tadi.

Mangsa, Wan Ahmad Azziduddin Wan Mazlan, 14, dikatakan mandi bersama seorang rakannya dan lemas ketika berenang menuju ke tebing.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Azlan Zainal, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.35 petang.

"Seramai enam anggota dikejarkan ke lokasi dan mendapati ramai penduduk kampung sedang berusaha mencari mangsa.

"Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Berita Harian X